
Sebelum persembahan, Ketua Murid iaitu Mohammad Irfan b. Mokhtar telah berucap mewakili murid-murid. Beliau mengingatkan kepada semua murid supaya memohon kemaafan daripada guru-guru di atas kesilapan yang dilakukan.
Kemudian YDP PIBG,En. Ibrahim b. Awang telah menyampaikan ucapan dan pesanan kepada semua murid dan guru pada hari raya kali ini. Akhir sekali ucapan Pn. Rusina bt. Che Husin, PKPA mewakili guru besar . Pn. Rusina berharap raya ini memberi seribu kegembiraan dan keceriaan kepa guru-guru dan murid-murid. Selepas ucapan majlis diserikan dengan persembahan nyayian lgu raya oleh murid-murid.


Selepas ucapan , acara nyanyian lagu hari raya dimulakan mengikut kelas.



Murid-murid menjamu kuih raya selepas acara dewan.
No comments:
Post a Comment