

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Lottfi b. Che Man. Selepas itu Lagu " Negaraku " dan lagu "Warisan" dinyanyikan beramai-ramai. Kemudian diikuti oleh Perutusan PM, dibacakan oleh Cikgu Azhar b. Ismail.
Tuan Guru Besar, Pn. Hjh Faridah kemudian memberi ucapan. Selepas ucapan , kuiz spontan diadakan berkaitan Hari Kemerdekaan ke-57 yang dijalankan oleh Tuan Guru Besar sendiri. Selepas kuiz, acara persembahan murid-murid. Dimulakan oleh murid Pra secara berpasangan mendiklimasi sajak kemerdekaan.